Khamis, 14 Mei 2009

Setangkai Anggur Dari Syurga...


     Jabir meriwayatkan bahawa, "Ketika kami sedang melakukan solat bejemaah bersama Rasulullah s.a.w., iaitu antara solat zohor atau asar , tiba-tiba saya melihat baginda seakan-seakan makan sesuatu, dan baginda terhenti cukup lama sebelum melanjutkan pergerakan yang seterusnya dan kami pun demikian.


      Setelah selesai solat, Ubay bin Ka'ab bertanya kepada baginda, 'Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat engkau mengerjakan sesuatu dalam solat seperti kami lihat tadi. ' Rasulullah s.a.w lalu menjawab, ' (Dipertengahan solat tadi) diperlihatkan kepadaku syurga dengan segala keindahan di dalamnya. 


    Aku kemudiannya memetik setangkai anggur yang ada di sana dan memakannya. Aku sebenarnya juga bermaksud ingin membawakannya untuk kamu semua namun, tiba-tiba ia menjauh dariku. Sekiranya setangkai anggur itu dapat aku bawa ke sini walaupun seluruh makhluk yang ada dil angit dan di bumi ini memakannya, ia belum akan habis, bahkan tidah akan berkurang sedikitpun. Setelah itu, diperlihatkan kepadaku neraka. Ketika aku melihat nyalaannya yang membara aku segera mengundur ke belakang. Kebanyakan penghuni yang aku lihat adalah kaum perempuan, iaitu yang apabila dipercayakan suatu rahsia kepada mereka maka mereka lalu mendedahkannya kepada orang lain. Ketika orang lain meminta sesuatu kepada mereka maka mereka bersikap bakhil tetapi sebaliknya, ketika mereka meminta sesuatu kepada orang lain maka mereka bersikap memaksa.


     Jadi sebagai seorang muslimah, marilah kita sama-sama merenung dan mengambil iktibar daripada peristiwa ini agar 'setangkai anggur dari syurga' menjadi milik kita. InsyaAllah...



1 ulasan:

jolly arora on 14 Mei 2009 pada 1:12 PG berkata...

beautiful
why just park...
Linux Help Discussion forum

Catat Ulasan

Palestine Info
 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Modified by Simply City | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez