Ratuku
Inginku luahkan
Apa yang sudah lama inginku luahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan ganas
Lagi bernafsu serakah
Ratuku
Kebimbanganku ini
Masih menebal apabila ku dengar
Dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu
Ratuku
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila melihat bunga yang tak segan silu
Melempiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya
Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari
Antara safa dan marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardiyyah
Menanti kekasih di pintu syurga
Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisyah
Bukan juga Rabiatul Adawiyyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak
Berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar
Kau cuba mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumnya
Melewati pintu-pintu syurga
1 ulasan:
'n ludo nola games videos | vimeo
n ludo nola games videos · youtube · videos on YouTube youtube to mp3 iphone · videos on YouTube · videos on YouTube · videos on YouTube · videos on YouTube
Catat Ulasan