Khamis, 8 Julai 2010

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu



Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

1. BELAJAR CARA BELAJAR

Kemahiran Belajar
• Mendengar dengan berkesan
• Membaca (luncuran, imbasan, intensif, laju)
• Mencatat nota
• Menulis (laporan, cepat)
• Mengingat

Kemahiran Maklumat
• Sumber / bahan
• Masalah dan maklumat yang diperoleh
• Menilai dan mengumpul maklumat
• Kemahiran menemu ramah
• Kemahiran membuat rujukan

Strategi metakognitif (kesedaran tentang apa-apa yang diketahui dan apa-apa yang tidak diketahui)

• Merancang apa-apa yang hendak dipelajari, memantau, menilai)
• Pengurusan masa dan gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
- visual, auditouri, kinestetik
- Dunn & Dunn
• Persediaan peperiksaan

2. KONTEKSTUAL

(Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on).

Murid akan melalui salah satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran berikut:

• R = Relating (menghubung kait)
• E = Experiencing (mengalami)
• A = Applying (mengaplikasi)
• C = Cooperating (bekerjasama)
• T = Transfering (memindahkan)

3. KONSTRUKTIVISME

(Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada).

• Pengetahuan yang diterima
• Pengetahuan sedia ada
• Pengetahuan baru yang dibina


Konstruktivisme dibina melibatkan aspek berikut:
• Engage
• Explore
• Explain
• Elaborate
• Evaluate

4. KAJIAN MASA DEPAN

• Perspektif (apakah yang telah berlaku pada masa lalu)
• Trend utama (apakah yang sedang berlaku)
• Perubahan (apakah yang mungkin berubah)

[Masa depan boleh diumpamakan seperti menaiki ‘roller coaster’ pada waktu malam: “saya menuju ke hadapan tetapi saya tidak dapat melihat apa yang ada di hadapan oleh sebab keadaan yang gelap di sekeliling saya. Walau bagaimanapun saya tahu saya akan sampai ke destinasi nanti”].

5. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

• Untuk pembelajaran tutorial
• Untuk pembelajaran penerokaan (exploratory)
• Sebagai alat aplikasi
• Sebagai alat pemudah komunikasi

6. KECERDASAN PELBAGAI
(“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more culteral settings” )
Howard Gardner dalam Frames of Mind, 1983

• Verbal-linguistik (menggunakan kata-kata secara berkesan)
• Logik-matematik (menggunakan nombor secara berkesan)
• Visual-ruang (kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan)
• Kinestetik (menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah termasuk kemahiran fizikal)
• Muzik (mengesan irama dan lagu)
• Interpersonal (memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain)
• Intrapersonal (memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak)
• Naturalis (mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan, galian, dan binatang).

7. KEMAHIRAN BERFIKIR
... proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

• Kreatif
- menjanakan idea
- menghubungkaitkan
- membuat inferens
- meramalkan
- membuat hipotesis
- mensintesiskan
- mengitlak
- membuat gambaran mental
- menganalogikan
- mereka cipta
• Menaakul
- logik
- rasional
• Kritis
- mencirikan
- membandingkan dan membezakan
- mengumpul dan mengelaskan
- membuat urutan
- menyusun mengikut keutamaan
- menganalisis
- mengesan kecondongan
- menilai
- membuat kesimpulan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Palestine Info
 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Modified by Simply City | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez