Pada 6 dan 7 Mac 2012, Kejohanan Sukan Padang dan Balapan Pendidikan Khas telah diadakan di Padang Sekolah Menengah Vokasional, Batu Pahat. Pada kali ni ana ditugaskan untuk bertugas sebagai penolong pelepas. Ana satu-satunya bunga dalam kalangan guru yang bertugas di padang untuk acara larian. suatu pengalaman yang baik dan ilmu yang ana telah belajar di institut dapat diaplikasikan dengan sebaik mungkin. Kecemerlangan pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. Tuntutan untuk menyediakan kesamarataan juga menjadi tanggung jawab dalam memastikan murid-murid istimewa di seluruh negara mencapai tahap yang cemerlang dalam semua program yang dilaksanakan. Kejohanan Padang dan Balapan dijalankan kerana aktiviti ko-kurikulum bukan sahaja merupakan satu landasan ke arah kecemerlangan kurikulum, bahkan juga memberi peluang kepada murid-murid istimewa yang terdiri daripada kepelbagaian kategori untuk mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah murid sejajar dengan tuntutan 1 Murid 1 Sukan.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada bidang sukan selaras dengan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas.
PPKI SK Peserai telah menghantar seramai 8 orang murid untuk menyertai pertandingan ini. Seorang peserta Perempuan Junior mendapat tempat pertama bagi acara 80 meter Down Syndrom.
0 ulasan:
Catat Ulasan