Khamis, 14 Mei 2009

Berbicara Dengan Suara yang Mendayu-dayu


       Dalam surah al-Ahzab ayat 32 Allah telah memerintahkan kepada isteri-isteri Nabi serta kaum muslimah secara umumnya dalam firmanNya yang bermaksud;
“Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemahlembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.”
      Ayat di atas mengandungi larangan yang tegas kepada para wanita berbicara dengan suara yang mendayu-dayu dihadapan lelaki yang bukan suaminya. Ini disebabkan suara perempuan dan tutur katanya memiliki pengaruh yang kuat, ibarat sihir yang marasuk ke dalam hati kaum lelaki. Basyaar bin Bard, seorang penyair menjelaskan betapa kuatnya ‘sihir’ yang terdapat dalam lantunan suara wanita, tutur katanya seakan-akan taman yang di dalamnya bertaburan emas dan perak.
      Seorang penyair lain berkata, “Seakan-akan di bawah lidahnya bersemayam Harut yang meniupkan sihir pada rangkaian kata yang terucap dari bibirnya. Lantunan suaranya laksana taman-taman kecil yang dihiasi bunga yang beraneka warna.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Palestine Info
 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Modified by Simply City | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez