Guru adalah orang yang perlu mencari, meneroka dan menyelidik apa jua ilmu sebelum mereka mengajar anak didiknya. Masyarakat akan memandang tinggi kepada guru kerana ilmunya dan sepanjang hayat kita akan dipanggil ‘cikgu’ walaupun kita sudah meninggal dunia. Daripada segi agama pula, segala dosa para guru akan diampunkan oleh Tuhan kerana melakukan kebaikan.
Di sini terbukti bahawa darjah yang paling tinggi selepas darjah nubuwwah adalah ahli ilmu, iaitu darjah yang mengatasi para syuhada yang memang banyak kelebihannya. Khalifah Islam keempat iaitu Saidina Ali pernah berkata: “Ilmu itu lebih baik daripada harta kerana ilmu menjaga anda, ilmu itu pemerintah, sedangkan harta menjadi susut dengan sebab dibelanjakannya sedangkan ilmu bertambah apabila diberi”. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan “Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan... .” Ini juga bertepatan dengan objektif dan matlamat Bahagian Pendidikan Guru.
Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya Pendidikan di Malaysia (1992:284) menegaskan tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini lebih berat dan kompleks, ekoran perkembangan pendidikan yang pesat, kita haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal .
0 ulasan:
Catat Ulasan