Selasa, 16 Februari 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan



Konsep dan matalamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

            Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah diumumkan secara rasminya pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan.
Secara ringkasnya, FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip yang berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Sehubungan itu, FPK telah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.  FPK yang digariskan menjadi panduan kepada dasar pendidikan di negara kita. FPK dapat menentukan arah haluan, asa dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Faktor-faktor pembentukan FPK
Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi penduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang dan mereformasikan system pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara.

            Sehubungan itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan- keperluan individu, masyarakat dan negara. Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :
1.    Faktor agama – Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu, dan sebagainya bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islammerupakan factor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada penyataannya iaitu :

‘mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...’

2.    Faktor sosial – Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang laum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam FPK iaitu,

 ‘ ...melahirkan rakyat Malaysia... memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’

3.    Faktor politik : Sebagaimana yang diketahui umum, FPN digubal berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan FPK.

4.    Faktor ekonomi : Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk member sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam FPK.


5.    Faktor individu : Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insane yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan FPK.

6.    Faktor sejagat : Penggubalan FPK pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan system pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya keatas FPK. Misalnya program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam penyataan FPK sebagai
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan...”







0 ulasan:

Catat Ulasan

Palestine Info
 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Modified by Simply City | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez