Selasa, 9 Februari 2010

Kita Semua Berasal daripada Keturunan yang Satu


Suka saya memetik kata-kata daripada tokoh ulama kita yang tidak asing lagi iaitu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita bukan sahaja tahu kata-kata beliau penuh dengan hikmah tetapi beliau melontarkan sesuatu perkara itu berdasarkan bukti yang sahih. Saya tertarik dengan sebuah buku yang telah saya miliki sejak beberapa bulan yang lepas setelah mengunjungi satu pesta buku antarabangsa yang diadakan di ibu kota. 

Setelah menghalusi sinopsis buku ini, hati saya tertarik untuk memilikinya dan tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi pembacaan. Tajuk buku ini sudahpun memikat hati saya dan menimbulkan tanda tanya kenapa tajuk ‘Telaga Budi’ dijadikan sebagai ‘title’. Namun, selepas saya membacanya, memang sesuai dengan konsep yang penulis ingin terapkan dalam buku ilmiah seperti ini. Telaga itu sendiri lebih sinonim dengan persekitaran desa dan merupakan sumber kehidupan sebagai sumur yang dapat menghilangkan dahaga dan dapat menyejukkan badan.

Dengan keistimewaan yang dimiliki oleh Tuan Guru yang merupakan berlainan sekali wataknya berbanding dengan pembesar-pembesar yang ada sekarang ini. Bahkan cara hidup yang penuh keserhanaan mampu membuatkan rakyat berasa hormat dan bangga mempunyai pemimpin yang zuhud seperti ini. himpunan kata-kata hikmah yang beliau sampaikan sungguh padat yang berteraskan keimanan dan keyakinan hati beliau sendiri.

“Kita semua Melayu, Cina, India, orang Amerika, orang putih, orang Asli dan lain-lain adalah adik beradik. Kita datang daripada satu keturunan yang sama dan satu, iaitu ayah kita bernama Adam dan ibu kita bernama hawa. Soal berapa ribu pupu kita biarlah. Jika tuan-tuan kata datuk nenek kita bukan Adam dan Hawa, maka cuba beritahu saya. Jika tidak jumpa jawapan, maka terima dulu. Terima yang ini dahulu.”

Adakah anda semua fikir kata-kata beliau ini tidak berasas?sebagai pemimpin kata-kata ini perlukan bukti yang kukuh untuk dibentangkan kepada kepada semua pertanyaan. Beliau juga turut membuktikan kata-kata beliau dengan dalil al-Quran yang memang tidak ada sangsi dengannya. Adakah kita mahu meraguinya? Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,  "Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah mengembangkan lelaki dan perempuan yang banyak.”
                                                                                                                                          An-Nisa: ayat 1

Jika kita memperhalusi kata-kata beliau ini, dengan memahami bait-bait ayat ini jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT menyeru umat Islam supaya bersatu dan menghormati saudara-saudaranya walaupun daripada bangsa, kaum dan agama yang berbeza. Kita berasal daripada keturunan yang satu iaitu Adam serta temannya di dalam syurga iaitu Hawa dan baka asal kita adalah daripada tanah. 

Bermula awlan manusia inilah Allah mengembangbiakkan zuriat manusia yang ramai dimuka bumi ini. Berselerakanlah manusia dengan pelbagai lapisan kelompok dan sedarlah kita bahawa hakikatnya bermula daripada kewujudan seorang manusia. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia di muka bumi ini tanpa putus-putus keturunan sejakditurunkan manusia pertama di dunia bersama pasangannya sehinggalah berakhirnya alam fana ini.

1 ulasan:

galyaeakle on 4 Mac 2022 pada 2:31 PTG berkata...

Slots: The best slots casino for US players
Slots: The best 영주 출장샵 slots casino 경상남도 출장마사지 for US players · Wild 남원 출장안마 · Rainbow Riches. 3.5.5 · 천안 출장안마 Big Fish. 3.5.5 · The Catfather. 2.5.3 · The 창원 출장마사지

Catat Ulasan

Palestine Info
 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Modified by Simply City | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez